Thursday, January 24, 2008

kek gula hangus



Bahan-bahan:
1 mug gula
1 mug air panas
3 sudu besar mentega
Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair tutupkan api dan masukkan air panas sambil standby dengan penutup periuk. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
5 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 mug tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Telur dipukul dengan whisker dulu bersama susu pekat manis, selepas itu terus transfer ke dalam blender. Curahkan tepung (yang diayak bersama soda bikarbonat) sikit demi sikit dan press. Lepas itu masukkan gula hangus & esen vanila dan press lagi sehingga adunan sebati. Tips biarkan dalam blender bertutup selama 2 jam atau lebih. Kemudian dibakar dengan suhu 160 degree celcius sehingga masak.

2 comments:

Anonymous said...

Looks delicious, Is this what they call honeycomb cake. I must try this. Keep up your sharing. Thanks
PushSohChelliah

photonic said...

why you write it in malyo language.

i'am mlayo but i live in Makkah ( Saudia Arabia) i dont speak malyo
:-(
then my mother was died when i small children.
i want to know how to cook malysian food, i love this kek gula hangus please write it in english.

Lufiah-makkah